PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, September 30, 2009

al fatihah untuk arwah abah saya


Al fatihah utk arwah abah saya, Mah Hassan Ab Rahman. Arwah baru meninggal dunia petang tadi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Tuesday, September 29, 2009

Doakan supaya ayah saya cepat sembuh

Pada pukul 12 tgh malam tadi, ayah telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan di hospital serdang. ada masalah buah pinggang. mmg btol2 terok. efek dr penyakit kencing manis. aku btol2 terkejut selepas dapat tau berita ini.

Sebelum ni, kami ade bawak ayah bjumpa doktor klinik sebab ayah mengadu perut dia memulas2 dan tak dapat buang air kecil dan besar. akan tetapi doktor klinik tersebut hanya menyatakan ayah cuma mengidap gastrik. so kami pon pulang dan memberi makan ubat gastrik kepada ayah serta menjaganya setiap hari.

Bagaimanapun, selepas 40 hari, ayah masih mengadu kesakitan bahkan bertambah teruk. Oleh demikian, pada malam tadi, mak n adek lelaki aku telah membawa ayah bjumpa doktor pakar di hospital serdang. setelah melakukan pemeriksaan, doktor memberitahu kami bahawasanya ayah telah mengalami kerosakkan buah pinggang yg amat kritikal. memang mengejutkan semua org kerana selama ini semua org menganggap ayah sakit gastrik biasa sahaja.

Malam tadi adek n mak menjaga ayah di wad. aku xboleh pegi sbb mlm ni ade test. mayb malam ni giliran ku. aku harap semuanya akan ok. kawan-kawan, sila doakan supaya ayah aku sehat balik.

YA ALLAH ampunkan segala dosa kami sekeluarga. rahmatilah kami. berkatilah kami. kami berharap agar ayah cepat sehat. kami xnak jadi pape pada keluarga. tolonglah kami. amin..

Digamit Memori Silam.. (tajuk nak klasik. lol)

bila aku tengok balik gambar ni, seribu kenangan menerjah pikiran ku. huhu. layan beb. gmbr ni diambil masa hujung 2001, form 5 kt sekolah teknik kl. best gle masa ni. ye la. ngah hensem, mesti la best. hahaha. xde la. masa ni kwn2 ramai. pastu hepi je. masalah takde. g skolah, pastu tdo. kakakakkakaka. duk asrama pon cm raja. eceh. kononnya. haha. badan pon kuat dan sehat. setiap petang mesti turun training bsilat. jangan main2. gua dulu siap ajar junior. selamba je terajang dada org. haha. xde la. aku terajang manja2 je. hehe. ade dulu amik gambar ngah bsilat tp ilang ke mana. huhu. xpe la. ni pon ok. memang menggamit memori silam btol! huhuhu.

p/s- cuba teka aku kat ne?

Monday, September 28, 2009

Patot la Rosyam Noor pindah rumah dekat2 area kawasan rumah gua, rupa2nya....


Gua baru terperasan..Rupa-rupanya muka gua time muda2 dulu ada iras2 rosyam noor.Patot la rosyam noor sebok nak jadi jiran gua. Huh! Gua mula tersedar benda ni bila ade sorang blogger nama rafiq komen kt entri yang ada gmbr lama gua. Dia kata rupa gua cam rosyam noor!! Pehhhhhhh!! Cmne la gua bole tak terperasan selama ni? Rosak betol sixth sense gua. Huh!

Tapi to be truth la, sebenarnya gua da lama syak yang rupa gua ni ade macam iras2 artis tapi taktau sapa. AL- maklumlah ramai benor kata teman ni cam artis.Lagi2 si pari tu. Suka benor tuduh gua ni artis kalo terserempak kt memana. Ehem. Ni nak kombang ni. Kakakakakakakkakak!

Ok away2 nak g berlakon.
eh silap nak g mandi n solat..

Dah2!! Maghrib ni!
Korang ni!
Baca blog pe lagi???
Hisssssk!
Bye!

Cis nak diet hape?


baru tadi gua lahap kek secret recipe.
makan sorg2 lak tu.
dem!
ngidam da lama.
kalah dgn nafsu lak.
keciwa dgn diri sendiri..
zzz

Sunday, September 27, 2009

Aku cukup bersemangat nak kuruskan badan bila..

1. bila tengok awek-awek cun kt facebook atau di depan mata! rambang mata beb. cuba bayang kalo nora danish atau juliana evans syok kt gua? ok mmg xdpt dibayangkan. T_T
2. bila balik kampung je, mesti semua makcik2 sebok nak tanya.. "along masuk bina badan ke tahun ni?" T_T
3. bila berpeloh dgn lebat ketika sedang membuat sesuatu kerja yg menggunakan fizikal. hampeh btol! time tu la lemak2 nak tbakar dgn pantas! huh! lagi2 kalo wat keje depan awek2. tekanan2. metabolisme nak aktif. lol
4. bila habis bermain futsal sebab selalunya kompem aku pancit. mulot je byk bising tp main 2 minit da semput. dem! wat malu je. rugi byr sejam tapi aku main 10 minit je kot. T_T
5. bila kawan lama da xknal dan xsegan nak tego sbb takot salah org. demit! dan2 da lupa gua! yg paling best ade org tanya, " ade tak abang atau adik yg nama shahairri?" kelaka btol. da tentu aku yg korg tanya tu! cis!
6. bila taktau cmne nak amik gmbr supaya nampak hensem dlm tu. gua tau tu salah camera atau cameraman tp biarlah gua bertanggungjawab di atas ketakhenseman gua. gua syg kwn2 gua.

7.bila nak beli baju. kompem kena beli saiz xxl. tu pon hbis nampak semua otot2. susah btol kalo badan ni taff sgt cm ronaldo. muahahahahahhaha! (updated)





Sapa kata aku xnak kurus? sbnrnya aku saja je malas kurus sbb takot jd rebutan. tak caya????????????

nah bukti!!!!!!!!!!!!!!!!!!



amacam? rasa nak ngorat x? hahaha





Saturday, September 26, 2009

Jangan Tengok Sampin Saya..


SEMPENA BULAN RAYA NI, HAMBA INGIN MENYUSUN 20 JARI MEMOHON MAAF DI ATAS SEMUA KESILAPAN DAN KEKHILAFAN YANG TELAH HAMBA LAKUKAN SEPANJANG MENULIS BLOG INI SERTA SEMASA MEMBAHAN BLOG-BLOG TUAN HAMBA SEKALIAN.







DAN TAK LUPA JUGA
HAMBA INGIN
MENGAMBIL KESEMPATAN INI
UNTUK
MENGUCAPKAN
..






P/S-korg jangan tanya kenapa sampin gua jd cmtu. zzz

Friday, September 25, 2009

500km = 5Jam Drive = Mungkin Bakal Dpt Saman Baru? zzz

baru sampai kl dari kampung.
penat2..
500km beb!
dari setiu sampai bangi!
fuh!
bwk sorg2 je lak tu!
yg lain semua tdo. hampeh!

bangga + cramp buah pinggang=
kacak!


eh..
apakes tibe2 nak update blog hari ni?

baru sampai umah pon nak kecoh ke?
padahal da berbulan tak update.
lol.

korang nak tau kenapa?
nantikan entri selepas iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!




eceh cm suspen je. konon ade suprise la konon2ya
ececececece..

Tuesday, September 15, 2009

Rindu Kat Awak!!

malam tadi sebelum tido, tiba-tiba aku rindukan dia..








yup..



aku rindu nama betol ku..

skang ni semua org panggil aku teri je. lgpon aku yg intro cmtu. "hi. saya teri" .tu blom nama kt facebook dan juga blog. tu la gedik sgt. nak sgt nama urban2, skali terus melekat. haha.

lately, mmg jarang gile nak dpt dgr org panggil aku dgn nama btol aku..

malah mayb orang lain pon taktau nama btol aku pe. haha..

dulu aku tak amik kisah sgt pon org nak panggil aku apa, janji aku dihargai.

tapi sejak malam tadi, aku rasa rindu sgt kt nama btol aku.

taktaulah sebab apa. mungkin ia mempunyai seribu makna pada ku?



semenjak 2 tahun lepas, aku da mula pakai nama teri bogad. nama pena tapi ia melekat.

semua kawan panggil teri. tak kisahlah di tempat belajar atau di tempat keje.

nama teri memang menjadi siulan gadis-gadis seksi.

menjadi rebutan gadis-gadis hot.

maaf. aku terpaksa berlagak untuk menggambarkan betapa hotnya i.



tapi nama pena tu tetap tak boleh lawan nama btol ku.

nama btol ku adalah nama yg mak ayah ku berikan..

ia sentiasa buat ku rasa berbeza dan unik dari orang lain..

ia sentiasa membawa keberkatan padaku..

always make me proud to have u..




MOHD SHAHAIRRI
Saya rindu awakkkkkk!!

oh ye. sejak aku pakai nama teri ni, aku xpenah ade awek, adakah nama ni yg membawa malang sebenarnya? hahahhahhahahahah. zzz