PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, May 28, 2009

Muka Gua Masuk Berita Harian!

Pada pukul 10 pagi tadi, ketika aku ngah rancak bermain facebook di opis, tiba-tiba aku didatangi sebuah panggilan dari seorang kawan lama..


Jawa: Wei kacak! Ko kt ne ni?
Aku: Kat opis la.. asal?
Jawa: Gambar ko masuk surat khabar dow!
Aku: Jadah!
Jawa: Btol.. kat berita harian..
Aku: Harem btol!! apa kes lak ni tibe-tibe muka gua masuk paper!


Maka tanpa membuang masa, aku pon cepat-cepat membukak laman web berita harian..







FAK!! GAMBAR AKU!!













Nak tau nape muka aku masuk surat khabar? Korang baca la sendiri kat SINI

Thursday, May 21, 2009

Aku Dah Bosan!!

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

Friday, May 8, 2009

Cinta Penggali Kubur





ada org kata rupa aku ni macam Undertaker.. btol ke? lol



Monday, May 4, 2009

Lari Rumah Episod 2

Sambungan dari entri sebelum ini..




Berlaku sesuatu yang tak dijangka..

Kita hanya dapat merancang, tapi Tuhan yang tentukan segala-galanya..






Sejam kemudian....

Di dalam surau kedengaran sayup-sayup suara orang ramai mengaji Al-Quran..

Rumah seperti tiada orang..

Sunyi..

Suram..

Burung-burung berhenti berkicauan..

Sesusuk tubuh ditemui tertiarap di atas lantai..






Televisyen dibuka..

Kartun spiderman sedang ke udara..

Kelihatan sesusuk tubuh itu sedang seronok melihat kartun..

“Dem.. Lupa lak ari ni ada kartun spiderman kat tv.. Kansel ar lari dari rumah.. Leh tak?”

Sunday, May 3, 2009

Lari Dari Rumah!

(Tahun 1997)

Ketika ni aku baru berusia 13 tahun.. tapi sudah pandai memberontak..

Ya.. aku nekad!

Aku da nekad nak lari dari rumah pada hari ni!

Kenapa?

Aku da tak tahan sebenarnya..

Hari-hari ayah aku wat lawak sama.. Dia slalu kata dia jumpa aku kat longkang masa aku kecik2 dulu.. lalu dibawa pulang untuk dijadikan anak dia..

Ahh pedulik! aku tak kisah samada ayah aku hanya buat lawak atau serius..

Aku btol-btol berasa kecik hati! Dan aku sudah nekad membuat keputusan untuk lari dari rumah!

Aku sudah membuat persediaan selama 6 bulan.. Setiap wang saku yang ayah aku bagi, aku simpan dalam tabung.. Kini simpanan aku sudah mencecah 200 Ringgit Malaysia. Yes! DaH cukup kaya. Bole beli aiskrim cornetto 10 kali! Yeah! Bye bye rumah!

Bagaimanapun terdapat satu persoalan bermain di minda.. aku mula terpikir, aku nak naik ape untuk lari dari rumah? Teksi? Demit.. Habis lah duit simpanan aku nanti.. Da la aku xde tempat untuk dituju.. Jalan kaki? Peh.. jauh mana sangat aku dapat lari dr rumah ni? Silap-silap sampai SevenEleven je.. Kang tak pasal2 aku terbeli slurpee, dan pastu terus balik rumah dengan sia-sia je.. Bas? Lagi kelaka.. Aku cuma tau naik bas nak ke sekolah je.. Siot la.. Susah betol kalo xtau jalan kat kl ni.. Hmmm.. Ok naik basikal suda.. Penat2 kayuh leh berhenti kat mana2 yang aku suka.. Ok setel masalah!

Pagi tu.. berbekalkan nasi goreng yang maid aku da masak, aku sudah nekad nak lari dari rumah.. Aku da kemas pakaian aku dan lipat elok2 dalam beg sekolah aku.. Kacak la.. Aku siap pakai spek itam dalam misi nak lari dari rumah ni.. Tak lupa topi Adidas aku tersarung cantek atas kepala aku.. Sebenarnya dah macam-macam persiapan telah aku buat. Air sejuk botol besar da aku sumbat dalam bag. Dem! Berat lak! Mana tak berat, aku siap sumbat 11,12 naskah komik dalam bag... Ye la.. Mana tau ngah bosan-bosan lari dari rumah, leh aku baca-baca komik.. Pintar kan aku ni? (pemikiran kanak-kanak berumur 13 tahun)

Aku juga sudah tinggalkan sepucuk surat di atas meja untuk mak ayah aku.. Sudah ku catit sebab-sebab mengapa aku lari dari rumah.. Dan yang pasti, aku sudah tulis supaya jangan cari aku lagi selepas ini. Sebelum aku pergi, aku sempat pesan kat adek aku supaya jaga diri elok-elok.. Dia terpinga-pinga.. Mayb pada masa tu dia maseh blom baligh lalu tak beberapa memahami istilah lari dari rumah. Ok sebenarnya aku pon belom baligh gak time ni. Ah pedulik.. Kata itu mesti dikota!

Sebaik saja aku keluar dari gate rumah, aku mula memikirkan arah mana patut ku pergi. Ok arah utara sebab yang aku tau masa tu, Thailand terletak di utara Malaysia.. Rasa-rasanya tempat tu je la paling best hasil pemerhatian ku di TV3.. Awek cun cam banyak je kat situ.. (masa tu aku xreti nak beza bapok dgn awek cun) Ok jum bertolak!!

Aku pon mengayuh basikal selaju-lajunya..

Setelah 10 minit aku menunggang basikal, tiba-tiba aku brek mengejut!! Shitttttt!!




Bersambung di episod seterusnya..

Saturday, May 2, 2009

Pertunjukkan Harimau Part 2

Sambungan dari entri sebelum ini..




Di sebalik jendela dapur rumahku yang tak ditinted itu, aku telah terlihat sesuatu benda yang amat luar biasa!!


NGAUMMMMM!!







Pehhh!

Ade pertunjukkan harimau kat belakang rumah aku ni!

Perasaanku bercampur baur..

Seram + Takot + Teruja.

Semua ada.

___________________________________________

*IKLAN SEBENTAR*

Pertunjukan Harimau = Tiger Show

Tiger Show = Pertunjukan Gadis Membuka Pakaian


Maka Kesimpulannya,

Pertunjukkan Harimau = Pertunjukan Gadis Membuka Pakaian


*IKLAN TAMAT*

____________________________________________

Sebenarnya pada masa tu terdapat seorang gadis yang berkemban sedang cuba menyalin pakaian di dapur umah beliau yang terletak betol-betol di belakang rumah aku lalu menyebabkan aku yang suci dan naïf ni terngintai tanpa sengaja. Ia menjadi lebih keasyikkan apabila tuala yang dipakainya itu tiba-tiba terlucut dari tubuhnya,

Aku sebagai manusia yang beralat sulit lelaki ini berasa amat terkejut dengan pemandangan yang amat luar biasa ini! Langsung tidak boleh menyalahkan aku kerana ia berlaku tanpa dirancang dan sudah pasti ia merupakan pertunjukkan harimau secara langsung. Bogel penuh lak tu.. Sapa tak terkesima? Muahahaha.. (ok kantoi gelak jahat..)

Bagaimanapun panorama tu hanya berlaku sekejap sahaja kerana gadis tersebut terperasan kelibat ku sedang memerhatikannya. Lantas dia terus meyembunyikan dirinya di sebalik dinding dapurnya itu.

Kejadian ini berlaku dengan pantas. Aku berasa cuak dengan tiba-tiba.. Lalu aku cepat-cepat membasuh pinggan dan terus berlari ke dalam bilik tidurku..

Di dalam bilik tidurku, aku berpeloh-peloh.. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran ku ketika itu….

Aku takot..

Aku risau..

Aku panik..

Macam mana ni?

Apa perlu aku buat kalo budak perempuan tadi tiba-tiba datang ke rumah ku dan menyuruh aku pula berbogel di depannya???

!!!!!!!!!

Friday, May 1, 2009

Pertunjukkan Harimau

Kejadian ini berlaku lebih kurang 8 tahun yang lepas..

Pada masa itu aku tinggal di Ulu Kelang. Korang tau tak kat mana tempat tu? Ala. Yang dekat Zoo Negara tu la. Haaa.. da tau? Bagus la kalo korang da tau sebab kisah yang bakal ku kupas sebentar nanti berkait rapat dengan misteri Zoo Negara..

*****************

Malam itu sungguh sepi.. tidak sama dengan malam-malam yang lain..

Ketika itu aku sedang makan malam bersama-sama dengan keluargaku. Menjadi kewajipan bagi kami sekeluarga untuk makan bersama-sama untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sememangnya sudah rapat, ketat dan lumat.

Dan seperti biasa, aku hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk tamatkan sesi makan malam ku. Nickname pon flashman.. Standard la kelajuan tu. Eh.bukan gelojoh tau. Sebenarnya ia merupakan suatu penyakit yang jarang dijumpai dimana ia mempunyai nama saintifik yang tersendiri iaitu ‘makanlaju2sebabmalasnakdengarmakmembebelpasalaku’..

Macam biasa.. Bile habis makan, mestilah kena basuh balik pinggan yang telah digunakan itu.. Amacam? Ada gaya suami mithali kan? Pasti kamu yang beralat suilt perempuan berasa teruja bila mengetahui sesungguhnya aku ni amat berkebolehan dalam semua perkara.. Kan? Kan? Kan? Lol..

Tanpa membuang masa, aku pon berjalan girang ke arah sinki untuk menunaikan kewajipan membasuh pinggan.

Tiba-tiba…!!



Bersambung…