PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, March 31, 2009

Betapa Pentingnya Kad Pengenalan Pada Hari Ini!!

Petang tadi gua g pasar malam dengan bapak gua.. Biasa la.. Nak g dgn sapa lg.. Bapak gua je rajin nak g pasar malam zaman skang ni.. Eh apa lak gua ni anak bapak? Tapi btol gak.. Kompem2 la gua anak bapak.. xkan anak rimau lak kan? Ok kita teruskan penceritaan..

Kitaorang pegi pasar malam ni sebab nak beli makanan.. Mak gua leteh+malas nak memasak malam ni.. so pegilah kami dua beranak ke pasar malam.. Sampai je destinasi, gua yang membawa kereta evo ini, terus cari parking.. Dah parking kereta, gua dengan bapak gua pon berpisah.. Bukan berpisah cam jejak kaseh la deii.. Berpisah beli makanan la!! Gua pon g beli makanan gua, manakala bapak gua lak g beli makanan dia, mak n adek lelaki gua..

Dalam perjalanan gua nak membeli makanan, gua terjumpa banyak gle awek cun.. Rambang beb mata gua.. Bukan rambang mata nak beli makanan tp rambang mata tengok awek.. Kata lelaki.. Standard la.. Haha.. Baru gua tau rupa-rupanya ramai awek cun g pasar malam hari selasa ni.. Amat berbeza dengan pasar malam hari sabtu dimana pengunjung-pengunjungnya terdiri daripada pakcik-pakcik, makcik-makcik, indon-indon dan bangla-bangla.. Naik bosan gua g pasar malam sabtu.. Ok pasni gua g pasar malam selasa je.. Huahauhauau.. Kemudian gua terjumpa satu gerai ni.. Gua tengok nasi lemak akak ni cm sedap.. Erk!! Siot la lu orang pikir lain.. Gua tengok nasi lemak masakan akak tu la! Bukan 'nasi lemak lain'.. Dem la u! U too! Tq.. I love u.. U too? Ok2.. Gua pon beli nasik lemak lauk ayam sambal n kerang sambal kat gerai tu.. Pehhh.. Sedap gle weh.. Seyes tak tipu.. Sedap sehingga menjilat aiskrim pedelpop! Ye la.. xkan nak jilat jari.. Bosan.. Ingt gua ni kucing ke? Ok pasni bole beli lg kat gerai tu.. Pas selesai membeli makanan, gua g lepak kat kereta jap..

Ngah-ngah sedap melepak sambil minum air kelapa, tiba-tiba muncul seorang awek cun.. Pehh.. Awek ni pakai baju kurung.. Tau-tau je gua ni minat awek pakai baju kurung.. Gua saja buat-buat tak nampak.. Tapi awek ni cam usya-usya gua lak.. Kemudian dia berjalan ke arah gua bila dia perasan gua curi-curi pandang dia.. Pehh.. Peloh jantan gua da menitik.. Gua agak awek ni berumur dalam lingkungan 18 tahun kot.. Kira lepas 20 sebatan la.. Haha.. Gua tetap buat-buat kool walaupon awek ni semakin dekat dengan gua.. Gua baru nak telan air liur, tiba-tiba awek tu bersuara..

Cik Awek: Derma..
Encik Teri: Eh.. duit takde.. hehe..
Cik Awek: Ok takpe, pakcik..
Encik Teri: ...

WHAT THE HELL!

Pehhh!!! Muka gua ni cam pakcik2 ke? Ni gua nak tayang kad pengenalan gua kat dada gua pasni.. Sila tengok kad pengenalan gua.. 840609-14-5***.. Haaa.. Baru 25 tahun ni! Dem la.. Skang ni gua baru tau betapa pentingnya kad pengenalan.. Lu orang da tau????

Kisah Pagi Tadi..


Malam tadi aku tdo nyenyak..
masuk tdo pon awal..
best.. plok bantal byk2..

Masa ngah sedap2 tdo tu..
aku berasa pelik..
asal aku nyenyak sangat tdo ni?
rasa mcm terlebeh tdo lak..
mcm da lama je aku tdo..
lalu, aku tengok jam..
cilakak!
da pukol 1145 pagi!
aku sudah terlewat untuk ke opis!

Dan..
pada masa tu gak aku terpikir masa depan ku..
smpai bile aku nak keje part time ni?
smpai bile aku nak blaja kat Uniten ni?
smpai bile aku nak bangun lambat?
smpai bile aku nak membujang?
smpai bile aku nak bulat cmni?
smpai bile aku nak bwk kete iswara?
smpai bile aku nak bergaji seribu ringgit sebulan?
smpai bile aku nak dok umah mak bapak ni?
sampai bile aku nak pikir benda2 cmni?

Aku bosan.. pedulik la.. keje start kol 9pagi.. skang da kol 1145pagi.. arghh.. malas nak keje hari ni.. tdo lg best! lalu aku pon tdo balik walaupon dalam ati terasa cuak dgn bos sbb ponteng keje.. dulik!

Tibe2..
aku terbangun skali lagi!!
tengok jam skali lagi..
eh.. baru pukol 745pagi..
siot.. aku mimpi ke td?
dem!!

Monday, March 30, 2009

Petua Untuk Hilangkan Tension


Hari ni aku berasa amat tension..
Taktau nape..
Tensi gle..
Kepala pening..
Rasa nak muntah..
Uwekk.. Ok da muntah sket.. <--yang ni tipu

Adoi..
Kenapa dengan aku hari ni?
Aku cam tak bape ok sgt..
Kepala pikir macam2..
Pikir pasal awek yang tak penah nak ada..
Pikir pasal masa depan yang tak penah nak cerah..
Pikir cmne nak jadi kaya tetibe..
Pikir cmne nak hensem tetibe..
Pikir cmne nak bahan xoul..
Pikir camne nak wat Nora Danish sayang aku balik..

ARGHHHHHHH!!
Semua ni membuatkan aku bertambah tension..
Macam mana nak hilangkan tension?????



5 minit kemudian..




Haa..
Dah lega..
Terus ok..
Aku da tak tension..
Semuanya kerana berak..
Selepas berak tadi, saya terus bersemangat!
Tq berak!

notakecik: iklan ini ditaja oleh persatuan berak sedunia.. zzzz

Sunday, March 29, 2009

Dem! Gua Terpaksa Earth Hour Setiap Malam..


Hari ni gua terpaksa earth hour sekali lagi..
Tapi kali ni gua start kol 11malam..
Nak tau sebab pe?
Sebabnya mak gua suh tdo awal..
Dia tak suka gua bazir masa main komputer...

Pe barang tdo awal..
Tak rock la beb..
So gua tpaksa tutup lampu bilik utk berlakon konon2 da tdo..
Padahal gua ngah on9 lagi..
Koakaokao..

Takot mak?
Eh.. Mana ade..
Gua sayang la mak gua...
Dosa kot menderhaka..
Lol..

ALAMAK!
Mak gua da ketok2 pintu..
zzzz

Saturday, March 28, 2009

Food Poisoning Dan Earth Hour!



teRi BoGaD
: dem
teRi BoGaD: busuk!
teRi BoGaD: gua kentot td
teRi BoGaD: xpenah2 busuk cmni
teRi BoGaD: siot la
teRi BoGaD: keciwa
teRi BoGaD: gua makan pe td
teRi BoGaD: food poisoning
teRi BoGaD: ni baru btol
teRi BoGaD: makanan beracun mmg berbau busuk!
Xoul: ..


Arghh.. Food Poisoning Gua Makin Teruk.. Cmne Nak Wat Ni?
Makin Busuk.. Karbon Dioksida Berleluasa! Pemanasan Global! KOMON!! Earth Hour Now!

zzzz

notakecik: jum off kentot selama sejam bermula pukul 830 hingga 930 setiap malam.. Anda mungkin berjaya selamatkan bumi!
ADA BRAN?

Thursday, March 26, 2009

SERAM DAN MISTIK...


Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh wow.. wow.. wow.. wow

Kepala botak,matanya terbeliak
Giginya bertaring,merata-rata
Ee...seramnya,ku melihat rupanya
Melambai-melambai,ketawa pula

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu!!

Perhatian.. Kisah dibawah ini mengandungi unsur-unsur seram dan mistik.. Oleh demikian, kepada mereka2 yang mempunyai penyakit lemah semangat, sila pejamkan mata anda semasa membaca isi kandungan entri ini.. Sekian, terima kaseh..


Kepada mereka-mereka yang pernah tinggal Kolej Penginapan Cendekiawan, Universiti Tenaga Nasional, pasti tahu bahawa tempat tersebut amat 'keras'.. Dipenuhi dengan kisah-kisah hantu yang sentiasa berkeliaran mencari mangsa. Kisah hantu paling popular adalah kisah hantu naik motor kat tingkat 7, bertanyakan jalan ke Kajang.. Yang menambah keseraman, mamat yang dikacau tu tersalah bagi direction kt hantu tu.. Dan oleh kerana itu, hantu tersebut didapati sentiasa berkeliaran di kawasan tersebut utk sound balik mamat yang tersalah bg direction tu..

Aku tidak pernah terjumpa hantu motor tersebut. Bagaimanapun, aku pernah mengalami peristiwa dikacau semasa menginap di kolej penginapan tersebut. Kisahnya bermula pada 4 tahun lepas... Masa ni aku tinggal serumah dgn bob, add dan danial.. Oh ya, aku hampir terlupa untuk memberitahu kalian yang kolej penginapan ini mengandungi tempat penginapan yang berbentuk apartment. Oleh itu, kami berempat telah sebulat hati untuk menyewa sebuah apartment yang sama. Bukan apa, sebenarnya lebih selesa jika tinggal dengan kawan2 yang sudah dikenali. Tidaklah segan jika hendak berlari-lari bogel di dalam rumah kelak.. Terdapat 4 bilik di dalam apartment tersebut maka kami tinggal seorang sebilik.. Walaupon kami tinggal di bilik2 yang berlainan, akan tetapi hubungan kami sangat akrab. Malah kami selalu melepak bersama2 di dalam sebuah bilik. Bahkan siap tumpang tido lagi di bilik tersebut dan biasanya bilik bob atau danial menjadi sasaran .. Kami amat gembira dengan hidup kami. Tidak penah ada perkataan sedeh atau muram dalam kamus hidup kami. Bagaimanapon, semua itu berubah pada suatu malam jumaat..

Pada malam tersebut, sedang kami semua rancak berborak-borak di dalam bilik danial, tiba-tiba bob bertanya sesuatu kepada danial, "Wei, asal bilik lu ni ada banyak kacang hijau??". Kemudian baru aku perasan yang bilik tu memang banyak gile kacang hijau. Jangan kata atas lantai, bahkan bawah katil dan belakang pintu pon ada kacang hijau ni. Soalan bob tidak terjawab dek kerana danial sendiri tidak tahu dari mana datangnya kacang-kacang hijau tersebut. Dalam otak kami masa tu hanya terlintas satu benda je, iaitu toyol. Seperti yang kita semua tau, kacang hijau ini biasanya digunakan untuk bermain dengan toyol. Lalu kami terus mensyaki bahawasanya ada orang membela toyol di sekitar kawasan kolej penginapan cendekiawan ini. Setelah puas menyiasat di bilik danial, kami mendapati kacang hijau ini seolah-olah datang dari suatu tempat di luar bilik danial. Maka kami pon keluar dari bilik danial dan menjejaki kacang-kacang hijau tersebut.

Amat mengejutkan!! Kami mendapati kacang-kacang hijau ini seolah-olah berpunca dari bilik bob. Pada mulanya kami hanya melihat sesama kami.. Kemudian secara spontan, kami semua melihat wajah bob. "Eh.. Apsal lu orang tengok gua.. Gua taktau pape pon dowh", ujar bob cuba mempertahankan diri. Sebenarnya kami sengaja memandang wajah bob untuk menambah keseraman bob.. ternyata ia menjadi.. Kemudian kami masuk ke bilik bob dengan berhati-hati.. Pintu dibuka perlahan-lahan..

Pelik. Bilik bob juga dipenuhi dengan kacang-kacang hijau. Puas kami menyelongkar bilik bob, tapi tidak ketemuan apa-apa.. Kemudian, kami balik ke bilik masing-masing untuk memeriksa sendiri barang2 kepunyaan kami.. Risau jika ada kehilangan barang.. Aku berasa keciwa setelah membuat pemeriksaan di bilik aku.. Sama je.. Radio buruk aku tetap ada. Beg duit ku tetap kosong.. Dem.. Aku menjangkakan yang toyol tu akan tertinggal duit seribu ringgit dalam bilik aku.. Mana tau, rezeki di mana-mana bukan? Aku berasa sangat hampa..

Setelah selesai semua pemeriksaan, kami semua berhimpun di ruang tamu.. Kami mendapati semua orang tidak kehilangan apa-apa barang. Kemudian salah seorang dari kami mencadangkan untuk mengadu kepada pihak pentadbiran kolej penginapan.. Tetapi setelah difikir teliti, atas dasar apa kami mahu mengadu? Takkan hanya disebabkan terjumpa kacang hijau?? Lagipon tiada barang yang hilang.. Kalau diadu nanti, pasti kami ditertawakan. Maka kami nekad membuat keputusan untuk menyiasat sendiri perkara ini dengan memantau keadaan rumah sewa kami itu dan kami telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan menangkap sendiri toyol tersebut.

Sebagai langkah pertama, bob dan danial telah menyapu dan membuang kacang-kacang hijau tersebut. Langkah ini dijalankan untuk mengelak kedatangan toyol tersebut. Sudah pasti kami mahu menghalang kedatangan beliau sekali lagi kerana tiada orang yang sanggup mengambil risiko kehilangan barangan berharga selepas ini. Bagaimanapon, keadaan rumah kami menjadi semakin pelik dan seram. Kacang-kacang hijau semakin banyak didapati di dalam rumah. Anehnya kali ni, hanya bilik aku sahaja tidak dimasuki kacang-kacang hijau ini. Mungkin kerana setiap malam aku mengaum, maka kacang-kacang hijau itu gentar untuk memasuki bilik ku. Oh anda semua pasti tidak tahu. Sebenarnya aku merupakan pengamal seni mempertahankan diri yang amat aktif semasa di sekolah dulu. Ada rakan-rakan yang menggelarkan aku dengan nama 'abang shah ngaummm..' Anda semua pasti hairan bagaimana nama ni bole melekat padaku.. Hanya mereka2 yang penah lihat aku tidur sahaja yang tau kisah ini. Melihat keadaan yang semakin teruk, aku pun semakin giat berlatih silat di dalam bilik. Al maklum, sudah lumrah hidup ku sebagai pesilat, pasti sudah biasa diduga dengan gangguan sebegini rupa, maka aku membuat persiapan yang lebih rapi dengan mendalami lagi ilmu persilatan ku sehingga peringkat ghaib.

Seminggu selepas itu, aku pulang ke kampung halaman ku.. Sudah terlalu rindukan keluarga barangkali.. Aku pulang hanya sebentar. Selepas 2 hari bermalam di kampung halaman, aku pon balik ke rumah sewa. Sebaik sahaja aku menjejak kaki di rumah sewa, aku didatangi bob.. Kemudian beliau menceritakan segala-galanya kepadaku..








CILAKAK! RUPA-RUPANYA KACANG-KACANG HIJAU TU TERCICIR DARI BANTAL BOB YANG DAH BOCOR SEDIKIT.. ISI BANTAL BOB TU TERDIRI DARIPADA KACANG-KACANG HIJAU.. BABUN BTOL!! BUDAK2 NI LAK SUKA PINJAM BANTAL BOB.. PASTU SELALU BAWAK KE BILIK DANIAL.. KADANG2 BAWAK KE BILIK ADD DAN KADANG2 KE BILIK BOB BALIK.. BILIK GUA JE TAKDE ORANG MASUK SEBAB GUA SELALU KUNCI PINTU.. DEM! DASAR SEMUA SUKA PINJAM2 BANTAL! BUAT PENAT JE GUA BERSILAT SETIAP MALAM DALAM BILIK!! ARGHHHHH TENSI GUA!!



notakecik: sila jangan pecaya benda2 tahyul.. ;p

Wednesday, March 25, 2009

Oh Cik Arianna TAG Saya!!~

Wow.. cik Arianna TAG saya.. Yang lebih mengejutkan, rasanya ni 1st time kot dia wat tag kt blog dia.. hehehe.. =p ok la.. jom kite b' TAG !

What time did you wake up today?*

Kol bape eh? cam da lupa je.. jap2..hmm.. kol 7 pagi bangun subuh.. demit kantoi suboh lambat.. pastu tdo balik.. zzz

What are your plans for today?*

Lol.. hari ni plan nak.............. ok takde plan pape pon..kehidupan ku mmg bosan.. sedeh2.. T_T

Who do you miss most?*

Erk.. kena jawab ke ni? lol rindu arianna bole? ;p

takde la.. rindu kawan2 semua.. rindu nak lepak2 mcm dulu.. hohoho..

What matters most to you?*

Awek2 yang sedang membaca blog saya.. oh awek2.. sudilah dikau terima ku jadi bf mu..ohhh..

**odet... ketepi2.. ko tak termasuk.. koakao.. xoul..ko pon.. demit.. sebok baca blog aku.. zzz**

Who do you love?*

Makwe.. eh.. silap.. tentulah mak, ayah, adik2, dan kawan2..

** jawapan yang paling selamat.. zzz**

Name 1 person that is amazing?*

SUPERMAN

Name of the person that you're thinking right now?*

Hanya arianna.. **demit terkantoi lak!**

[teringat kt dia la sbb dia la yg wat saya wat tag ni.. auww... guna perkataan 'saya' lak.. huahuahauhau..]

What is your favourite food?*

Masakan ibu ku.. seyes.. kfc dgn mcd pon takleh lawan..

**sebenarnya aku da xleh makan kfc dgn mcd sbb kompem pastu aku g jamban byk kali.. demit**

When did you last get drunk?*

Masa aku ngah berlatih kungfu mabuk.. zzz.. penah la sangat aku minum.. dosa2.. ibu kepada maksiat tuh.. hisk!

**gua geng tabligh skang..koakaoka**


Do you want to have babies?*

Mesti la nak.. kalo bole nak 11 orang anak.. yes... lebeh sket dr arianna.. boo arianna nak beranak 10 org je.. takleh wat team bolasepak.. boo.. koakaoa.. Ok aku kena kawen 4 sebab bini 1st keje dia adalah beranak.. bini 2nd jaga anak2.. then, bini 3rd wat keje rumah.. last skali bini 4th kena pandai ehem2.. korg pk pe? demit.. dia kena pandai masak la.. nak bg aku makan..lol..kacak tak jadual bertugas yg aku da wat? kaokaoa..


What did you have for lunch today?*

Makan angin je tadi..

**bukak cermin tingkap kereta.. pastu nganga mulot luas2.. ngappp!!**


Are you working now?*

Erk.. keje part time skang ni... syhh.. jgn bgtau sapa2..

Malu la kalo dorg tau anak datok pon kena keje part time.. zzz


When was the last time you felt really happy?*

Bile ntah.. mcm hari2 je hepi.. ke hari2 aku tak hepi?

Demit!! aku baru sedar yg aku tak penah hepi.. sedeh2.. huhu... uwaaaaaaaa..


Who is one person that can really make your day?*

Hmm.. sapa eh? bakal bini 1st kot.. rasa2nya la..


And why is that so?*

Sebab dia nak jadi bini no 1st aku la.. sapa tak sonok? leh wat kilang anak! haha.. zzz


Any last words?*

Sapa nak jadi bini 1st aku?
komon2.. mega sale ni! jualan murah2.. mari2.. sapa nak saya? zzz



AWAK NI TAK JUJUR LA!!


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta...

Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama...
Jauhi diriku, lupakanlah aku.....
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta..
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama....
Jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya......


YA... seperti sedia maklum, kita semua mahu semua orang jujur dengan kita.. tapi pernahkah kita jujur pada diri sendiri?????
PERNAH KE???

Sapa yang pernah, sila angkat tangan!!

o/ o/ o/ o/ o/ o/

Demit.. semua ngaku jujur lak...

Ok2.. soalan seterusnya untuk menguji tahap kejujuran korang..
"Sapa setuju yang teri kacak? "




Dem!
Ok korang semua tak jujur..
Dah.. malas nak kawan dengan korang dah..

Kawan dengan ayam lagi bagus..
Dia lagi jujur dr korang..
Tak caya? cuba tanya ayam, "teri ni kacak tak?"
Ayam tu mesti jawab, "
kurr.. kurrr.." <-- ayam tu pelat.. sebenarnya dia nak ckp, "btol.. btol..."
Tak ke sama bunyi '
kurrr' dengan 'btol' tu?
Cuba korang wat bunyi '
kurrr' kalo korang hebat sgt?
haaa..
sebijik jadi..
Sebijik jadi cam org bodo!! hahaha.. ok2.. bosan.. zzzz



Jujur adalah sepatah perkataan yang mengandungi huruf j, u dan r.. cuba ganti huruf j tu dengan huruf b.. haaa.. tengok da jadi bubur kan? so huruf j ni amat penting bagi perkataan jubor.. eh.. jujur.. Dan bile kita sebut pasal jujur, benda apa yang pertama sekali melintas dalam pikiran korang? Waahhhh.. Macam2 ada.. Ok2.. Jum tanya sahabat2 aku lak.. Aku nak dengar pendapat dorang pasal jujur ni ..

"Wahai sahabat, jujur tu apa? sila jawab dengan pantas.."

adlia: jujur tu tipu

nik naim: jujur = ones

syed azam @chokobis: suci ;p

keyrol hafiez: keikhlasan, ketulusan.. kekacakan teri.. lol


"Erk.. rosak membe2 aku ni.. haha.. "

Pada hari ni aku nak becerita pasal 'jujur' kerana setelah aku melakukan kajian serta ulang kaji mata pelajaran sejarah hidup aku, aku telah mendapati bahawasanya sifat jujur aku ni la yang membuatkan aku tak dapat awek sampai ke hari ni.. haha.. zzz.. Demit tercakap kat sini.. arghh.. kantoi nape aku xde awek selama ni.. Tak dapat nak wat2 hot dah pasni.. dem.. hahaha.. Tapi seyes ni.. aku mmg jujur.. Perangai aku memang kebudak-budakkan, manja, suka wat2 majuk padahal takde pape pon.. kadang2 sms awek bgtau ngah majuk xnak makan nasi, padahal masa tu ngah makan kfc tak hengat.. kaokaoako, tak reti wat gaya macho, muka ngantok sepanjang masa, janji manis2, saja wat2 tak romantik, slalu pura2 tdo kalo awek sms, gelakkan awek sbb dia ada banyak eseimen perlu disiapkan, wat2 tertinggal dompet bila awek mintak blanja, wat lawak lucah semasa awek nanges sbb bra kena curi, susah nak serius dan hanya serius ble nak comolot je.. zzz.. Korang suka ke laki cmni? lol.. Susah jadi org jujur ni.. Kita akan sentiasa cakap dan buat apa yang terlintas dalam hati atau otak kita.. Nak menipu sunat pon susah.. tapi senang je nak kena sunat.. Tak semua orang bole terima kejujuran kita.. malah aku rasa memang takkan ada orang boleh terima.. Ada ke awek nak seseorang mcm aku ni yakni lelaki jujur yang tak malu menunjukkan perangai2 yang tak senonoh.. haha.. Ok entri kali ni seyes wat saham aku jatuh menjunam..demit..

"ARGHH.. KENA DELETE ENTRI NI!!"

Ok. Tak payah bagi contoh orang lain.. aku pon da cukup.. aku pon susah nak terima orang atau awek yang terlalu jujur ni.. Korang cakap senang la.. Korang tak penah alami.. Ingt senang ke nak layan awek jujur ni? Ingat best sgt ke? Korang tak caya aku? Ok2.. Mari kita tengok contoh-contoh yang mudah tentang awek yang jujur..

contoh 1
teri: awak watpe tu?
awek: ngah korek idung.. nape?
teri: T_T [nanges sorang2]

contoh 2
teri: awak sayang saya tak?
awek: selagi awak tak pokai, ada kereta, blaja engineering kat uniten dan slalu sayang saya.. maka saya sayang la awak...
teri: .. [cari tali nak gantung diri]

contoh 3
teri: awak rasa saya hensem tak?
awek: hensem kalo dibandingkan dengan tayar kereta bapak saya yang botak tu..
teri: .. [pegi pancit tayar kereta bapak awek tu]

contoh 4
teri: awak pakai spende kaler pe skang?
awek: tak pakai..
teri: ..gulp.. [telan air liur]

NAH.. tengok sendiri dengan mata kepala korang.. susah kan jadi orang jujur ni? bukan semua orang leh terima.. so perlu ke aku jujur pasni? perlu ke? perlu? maseh perlu??? atau ada awek yang suka lelaki yang jujur seperti aku ni? ada ke? ada? ada? ada keeeeeeee?????


ok2.. sebagai penutup.. aku tanya korang skali lagi..

"Korang rasa aku ni kacak tak?"














Dah la.. korang semua memang tak penah jujur pada diri korang! huh!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 24, 2009

Aku Berdarah Pendekar..

Pada malam lepas yang lepas dan lepas dan lepas lagi, ayah aku telah memanggil aku agar turun ke bawah.. Masa tu aku kt tingkat atas dlm bilik, ngah main tenet.. Arghhh..potong stim toi.. bukan stim tgk porn tp stim keretapi.. haha.. Aku baru je nak chatting2, tapi ayah da panggil.. so aku turun la sebelum dia ngamok.. cuak2.. haha..

Sebaik sahaja aku turun ke tingkat bawah, aku ternampak ayah aku berdiri tegak lagak seorang pendekar.. Pe hal pak aku ni.. lol.. xpenah2 berdiri cmtu.. Selalunya dia akan duduk atau baring2.. Dan biasanya kalo dia baring2 tu, tandanya dia nak suh aku picit la tu.. al maklum la bapak aku ni da uzur so badan senang lenguh.. Nak kena picit sokmo.. Tapi kali ni dia lain macam sket.. Macam kuat lain macam je.. pelik2.. Cuak lak aku.. lol.. Tapi cuak sorang2 pon tak guna gak so aku pon pegi la kat ayah aku.. Tibe-tibe...

ayah: along.. cuba tumbok abah...
aku: erk.. (buang tebiat pe org tua ni?)
ayah: tumbok je..
aku: ok2..

Aku sebenarnya tak setuju dengan permintaan beliau ni.. apa kes pak aku ni? da la penumbok aku ni sebesar guni beras.. orang biasa pon cuak dgn aku.. Tapi nak wat cmne.. nak taknak.. kena buat gak sbb bapak aku ni garang sket orangnya..kalo tak ikot kehendak dia, susah nanti.. Maka aku pon ikot je la kemahuan dia...

"HIYARGHHHHHHHHHHH!!", jerit ku sambil melayangkan penumbok padu ke arah ayah...

Akan tetapi sesuatu perkara yang pelik telah berlaku.. Ayah aku telah berjaya tepis penumbok aku malah telah mengunci pergerakan aku.. Dem! Aku yang penah blaja silat ni kaget sebentar.. Adoi.. Tibe2 je.. Tak boleh gerak langsung ni.. Cmne nak bukak kunci silat bapak aku ni..

Masa tu baru aku tau rupa-rupanya bapak aku ni sebenarnya ada ilmu persilatan yang tinggi.. Peh.. penat je aku blaja silat dgn org lain selama ni .. Tak disangka pak aku sendiri terror silat.. Tapi yang peliknya aku tak penah dengar pon beliau bercerita sebelum ni.. Kalo ade pon hanya citer tipu sebelum masuk tdo tu.. ala citer yang konon2 dia main keris mcm hang tuah n hang jebat dulu.. tu pon da kantoi awal2 lg. haha..

Pelik2.. Dalam hati aku.. aku da pasang niat nak berguru dengan bapak aku.. Lagi senang.. pak sendiri.. kompem semua ilmu dia turunkan kat anak sulong dia ni.. Dan sebaik sahaja aku nak sampaikan hasrat kat ayah aku, tibe2 mak aku mencelah..

mak: along.. ooo alongg..
aku: ye mak..
mak: alongggggggg..
aku: ye mak.. nape?
mak: bangun! suboh da ni!
aku: erk!

Demit!! Rupa2nya aku mimpi je.. siot la.. patot la aku rasa cm basah2 td..rupa2nya bantal aku basah kena air liur basi.. mati2 sebelum ni aku ingt yg basah tu peloh aku bsilat td..dem.. siot la korg pk lain... ingt aku mimpi basah pe.. keciwa2.. ok2 mandi wajib dulu.. eh.. silap.. amik air sembahyang dulu.. bye!


Monday, March 23, 2009

Pertama Kali Aku Jatuh Cinta Dengan 'Dia'..

Jiwang gle tajuk entri aku kali ni.. Korang nak tau tak? 1st time aku jatuh cinta masa darjah 6 kot.. Seyes.. masa tu aku jadi angau gle.. tdo tak lena.. mandi wajib xpenah.. makan tak penah tak tambah.. Gile la.. Kira hidup aku kucar kacir la pas aku jatuh cinta tu.. Korang nak tau cmne kisah ni berlaku? Ok2..aku cite sket..

Kejadian ni berlaku pas aku amik UPSR kalo aku tak silap.. Macam biasa la masa ni aku budak hingusan lagi.. baligh pon belom.. Sunat pon baru setahun.. lol.. so aku takde keinginan sangat kat awek2 ni.. Bosan.. not my taste.. haha.. So kisahnya bermula dengan pada suatu hari sang kancil berlari2.. Lalu terjumpa sebuah sungai.. Beliau taktau mcm mana nak melintasi sungai tersebut dek kerana beliau tak penah amik kelas berenang.. Maka beliau pon memanggil pak buaya untuk mengambil kelas berenang dengan pak buaya tersebut.. Pak buaya setuju untuk mengajar sang kancil tapi dengan bersyarat iaitu sang kancil mestilah memakai bikini.. Sang kancil tidak setuju.. "Jadah.. aku mana ade saiz nak pakai bikini2.. arem.. aurat semua ni.. siot la pak buaya mata keranjang cm ed.. lol".. Oleh kerana sang kancil keciwa, beliau pon balik rumah makan kuaci.. Tamat..

Erk apa aku cite tadi.. alamak tersilap ruangan.. Ok2.. Start balik.. Camni kisahnya dia.. Peristiwa ni berlaku kat umah aku dalam tahun 1996.. Hari ahad kalo tak silap.. Macam biasa selepas makan tgh hari, semua ahli keluarga aku akan melepak kt ruang tamu smbil menonton tv.. Cuma aku je tak minat nak lepak2 kt citu.. Bosan.. bek wat aktiviti yang lagi berfaedah seperti tido petang.. zzzz.. Tiba-tiba pada hari tu ada satu pertandingan menyanyi kat dalam tv.. Memang grand gle la pertandingan ni masa tahun 90-an.. Masuk tv3 beb.. Tapi masa ni aku tak layan langsung muzik.. Bosan.. Bingit telinga aku.. Taktau kenape sejak kecik lagi aku tak suka dengar sebarang bentuk muzik.. Seyes.. Masa aku baby lg, aku akan menanges tak ingat kalo mak pak aku pasang radio dalam kereta.. So mmg i'm so not into music la sejak dari kecik..

Nak dijadikan kisah dalam pertandingan menyanyi kali ni ada sorang awek yang lain dari lain.. 1st time dia masuk pertandingan ni.. mak pak aku yang tiap2 tahun hafal lagu pon tak knal minah ni.. Aku lak kebetulan lalu nak naik tangga, tiba2 terdengar suara dia yg amat merdu.. Pehhhhhhhhh.. Gile la.. Terus aku tak jadi naik tangga, malah aku semakin rancak berumah tangga kat tangga tu.. Terkesima aku.. Sedapnya sore awek ni.. Da la comel.. Adoi.. Hatiku sudah dipanah asmara cinta..

Sejak hari tu aku terus jatuh cinta dengan awek ni.. Dia pon cm jatuh cinta kt aku gak sket2 sbenarnya.. Ada la dia bg tanda2 yg dia pon suka aku.. Lagu dia pastu pon semuanya jiwang2.. Biasa la romeo dan juliet.. Disebabkan cinta, hari2 aku tgk gambar dia kat paper dan majalah.. Sanggup beb beli majalah hiburan.. Tak penah2 aku beli sebelum tu.. Semuanya semata-mata nak menatap wajah dia.. Lagu dia? Toksah kata la..aku hafal gile lagu dia masa tu.. Lagu dia lak ngah top masa tu.. Sebagai bukti betapa obsesnya aku terhadap dia, aku penah ternyanyi2 lagu dia smpai mat bangla yang datang jual karpet kt umah aku tu menjadi saksi.. Cam gampang.. aku sdp2 nyanyi.. betapa aku cinta padamuuuuuuuuuuu.. tibe2 mat bangla tu kuar muka dia smbil sengeh2 nak jual karpet.. Dem! bapak malu.. haha.. Kompem mat bangla ni ingt aku nyanyi lagu tu utk dia.. Arem tol.. koakaokaoa..

Bagaimanapun nak buek camne.. kita hanya dapat merancang, Tuhan tentukan.. Cinta sejati kami runtuh di tengah jalan. Kecundang bukan kerana berbeza darjat atau harta.. Malah bukan juga kerana umor kami berbeza 5 tahun.. tetapi kerana aku lambat sgt grad atau tak habis2 blaja.. Dia lak da lama membujang.. Bapak dia pon sebok nak suh dia kawen.. Mana nak sabar tunggu? Da la ramai gle orang ayat dia.. So niat kami nak berkahwen tak kesampaian.. Last2 dia kawen dengan orang lain.. Sedeh beb.. Bercinta bagai nak rak lebeh 10 tahun.. Last2 dia da bahagia bersama orang lain.. takpe la.. Aku tak salahkan dia.. Ni semua untuk kebaikan kita semua.. Aku pon doakan yang terbaik untuk dia..

Nak tau sapa dia? sebenarnya aku tak penah cite pasal dia kat kawan2 aku.. saja aku sorok.. Ini lah rahsia terbesar dalam hidup aku... Sori kepada kawan2 semua sebab menyorok rahsia sebesar ini.. Aku terpaksa sbb aku taknak ada pihak yang terasa atau tersinggung atau teringt kisah lama.. Kepada si 'dia'.. kalo awak baca entri ni.. Saya tetap nak ckp kat awk.. Saya sayang awak sampai bila2.. Muah2.. LOVE U.. Aku cinta padamuuuuuu!!!

K la.. last but not least.. Aku buh gak gambar aku dan 'dia' kat cn sebagai bukti aku dgn 'dia' penah bcinta.. Tengok diam2 eh? Jangan kecoh2 smpai semua org tau.. Aku taknak 'dia' sedeh teringat kisah lama.. Baiklah dunia.. lihatlah gambar kami berdua!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.

JENG-JENG!!!


[Time ni aku dengan 'dia' ngah main nyorok2 sambil karok kt alamanda.. tu aku pejam mata sambil pegang mikrofon tu.. main tu main gak.. karok tetap karok.. mahal beb bayar rm25 sejam kalo karok kt alamanda.. so rugi la kalo dtg main nyorok je.. hehe.. best2.. sdp2.. JGN JELES.. zzzz ]


Sonok x dpt tgk awek 1st aku? lol =p

Sunday, March 22, 2009

Sebab Mengapa Teri Jiwa Kaco

Korang mesti pelik kan? Kenapa la aku @ si mamat perasan asyik jiwa kaco je baru2 ni.. Sebenarnya ada kisah di sebalik belakang takbir.. Anda nak tau? Ok jom baca..

Di bandar baru bangi ni terdapat 4org kwn baik.. Mereka lebih dikenali dengan nama M, A, W dan I.. OPS! Seyes cite ni bukan pasal mawi.. so kepada makcik2 yang baru excited bile terdengar nama bintang pujaan makcik tu, eden nak mintap mangap la eh sbb mengeciwakan makcik2 ye.. Ok2.. sambung citer tadi.. Adapun mereka ni berkawan baik dek kerana mereka bekerja di tempat yang sama iaitu di rumah Datok Haji Mah Hassan.. Erk.. anda penah dgr nama ni? mayb kebetulan kot.. abaikan ok? hmm..

Di antara 4 sahabat ni, W adalah pekerja yang paling senior.. Dia dulu yang datang berkeje dengan keluarga Datok Haji Mah Hassan ni.. Pastu baru la A datang.. then, baru M.. last skali I. Walaupon mereka ni datang dari pelbagai latar belakang tetapi disebabkan pekerjaan mereka sama, maka mereka sangat2 rapat.. Nak tau pekerjaan mereka apa? Pekerjaan mereka ini bersangkut paut dengan industri pengangkutan so teka sendiri la eh.. Walaupon mereka ni rapat, akan tetapi dorang tak sedar bahawasanya mereka mempunyai tujuan tersembunyi yang sama untuk bekerja di rumah Datok Haji Mah Hassan tu iaitu nak tekel hati anak bos mereka yang bernama T. Kalo korang nak tau atau xnak tau.. T ni mmg idaman semalaya la.. kacak.. pandai masak.. pandai chat.. pandai wat blog.. pandai main game FIFA09.. so memang tak dapat diragui la kenapa beliau menjadi pujaan keempat-empat sahabat baik ni.. Eh.. da macam cite labu labi lak? ala citer pasal orang2 gaji berebut anak bos tu la.. lebeh kurang la.. 4 org sahabat ni pon cm labu labi gak.. tdo kat kat parking kereta. mandi pon kat situ.. so cite ni macam ada la kena mengena sket la dgn cite labu labi.. tapi takde la kena sgt.. sipi2 je.. eh bukan sipi.. tapi tepis sket.. pastu terus terkena muka director ahmad nifsu! eh cite apa ni? blur2..

haha.. ok2.. kite sambung citer tadi..

Pada suatu hari, bos @ Datok Haji Mah Hassan berhasrat memecat salah sorg dari mereka ni. Bukan kerana hobi atau saja2 bosan sebagai alasan bos nak memecat tapi disebabkan nak ganti salah seorang dari mereka ni dengan pekerja yang lebeh cekap dan tangkas membuat keje serta murah gajinya. Disebabkan M paling tua dan paling lembap membuat keje dan juga paling mahal gajinya, maka encik bos pon decided nak pecat M. Walaupon A, W dan I tak dibuang kerja, mereka berasa sangat sedeh kerana telah kehilangan seorang kawan baik. Makan tak selera, mandi tak wajib, tidur tak basah.. huhu.. Tidor dan mandi pon bertiga je.. Dulu berempat. Kadang2 tak mandi pon dek kerana sedeh.. Begitulah sedehnya mereka.. Bagaimanapun tanpa disangka2 si T pon sedeh.. Rupa2nya T iaitu anak bos pon sudah lama memendam perasaan untuk memiliki M. Disebabkan beliau malu2 kucing nak mintak kat bapak dia @ Datok Haji Mah Hassan @ bos, maka terlepas la peluang tu.. Memang btol2 tak disangka.. T pon asyik jiwa kaco je pastu.. Nak buek cmne? Cinta terlarang tak kesampaian.. Dan semasa kisah ni diciterkan dalam blog ni sudah 3 minggu berlalu sejak si M dipecat..

Korang nak berkenalan dengan M, A, W dan I tak? Hensem beb dorang ni.. Kompem lu orang leleh air liur pas tengok dorang.. Haha.. Cite banyak kat sini pon tak guna.. aku tunjuk sket gambar dorang.. ok? Nasib baik budak2 ni suka amik gambar. Fotogenik kot dorang ni.. haha..



[Jeng-jeng! Ni la gambar 4 sahabat baik tu.. dari kiri W, I dan A.. erk mana M? jap2.. masa gambar ni diambik, M da kena buang keje.. jap2 cari gambar dia.. jap eh...]





[eh.. ni sapa lak? Ni bukan M! demit.. salah gambar.. haha.. mamat mana sesat ni.. haha.. jap2.. cari gambar lain..]






[haaa.. ni la M yang digiler2kan oleh T dalam citer ni.. so korang rasa patot x dia digiler2kan? ;p ]


Anda maseh tak paham cite ni pasal apa? senang je.. sebenarnya T ni aku la. Aku dok sedeh selama ni sebab M @ kereta merc aku sudah dijualllllllllllll.. Tu jiwa kaco ni dalam 3 minggu ni.. Uwaaaaaaaa.. Da tak dapat eksyen kat orang kampunggggggggg.. sedehh.. sedehhhh.. sobbbb.. sobb.. Huwaaaaaaaaa!!



Jutaan terima kaseh saya ucapkan kepada mereka2 yang telah menjayakan telemovie ini.
Berikut adalah barisan
pelakon-pelakon yang terlibat:


M
= Mercedez
A= hondaAccord
W = protonWira
I= protonIswara
T= encikTeri


Diharap ANDA semua terhibur dengan entri ini!!! =D



Anda tetap tak paham entri ni pasal pe? pedulik pe aku! haha..

Friday, March 20, 2009

Aku Bukan Lelaki Sempurna


aku..
adalah makhluk yang bernama lelaki..
punya akal fikiran..
punya perasaan..

aku..
kadang2 mengukir senyuman dibibir..
kadang2 berjenaka..
tetapi ..
siapa mungkin tau isi hati ku?

aku..
mungkin terpaksa senyum untuk gembirakan orang lain..
mungkin terpaksa ketawa untuk hiburkan mereka..
hipokritkah aku?
mungkin ya.. mungkin tidak..
tapi yang pasti..
niat ku murni..
berharap agar semua orang di dunia ini gembira selalu..

aku..
bukanlah lelaki sempurna..
ku tidak berjaya gembirakan ' dia'
ku gagal buat 'dia' tersenyum..
ku tidak terdaya untuk menunaikan permintaan hatinya..

semuanya salahku..
hanya aku..
dan pasti aku..
puncanya aku..

ku pikul beban ini berseorangan..
ku gagahkan kaki ini melangkah pergi..
ku redah jalan yang panjang tanpa tujuan..
ku berjalan dalam kesepian..

mata-mata memandang sepi..
ah pedulik..
ku terus melangkah..
dan terus maju ke depan..
sehingga tak pasti di mana ku berada..?
lalu ku bukak mulutku..

"Erk.. bang.. tumpang tanya.. jamban kt mana? saya da tak tahan ni.. adeh.."


notakecik: maaf kepada pembaca2.. jiwa agak kaco kebelakangan ni.. taktau nape.. mayb stress dengan kehidupan kot.. uhuk2.. hope pasni aku akan kembali berjenaka.. hehe.. tunggu kedatangan ku ya? =)

Thursday, March 19, 2009

Aku Tak Paham Isi Hati Perempuan..



mengapa eh?
kenapa pompuan ni agak susah untuk difahami?
apa yang dia nak sebenarnya?
ke dia sendiri taktau apa yang dia nak?
atau
dia sengaja pura-pura tak tahu apa yang dia nak..
hmm..

mode: jiwa kaco


Friday, March 13, 2009

Betul Tak?


Kadang-kadang....bila kita sayangkan seseorang... kita selalu belasah dia..kita cubit...kita tampar selalu...kita sakitkan hati dia...kemudian pujuk balik...selalu kita akan curi perhatian dari dia.... Kita paksa dia luangkan masa dengan kita...kita menjadi diri sendiri sendiri masa dengan dia... Kita akan renung kemata dia tanpa jemu... kita hargai dia...selit sesuatu dalam beg dia atau buku dia...maybe kad raya atau kad suka-suka.... bila ketawa bersama sampai berair mata..bila malu, sampai merah padam muka....

Apakah semudah itu mentafsir sayang?


DaN


Bila kita cintakan seseorang...kita sentiasa membiarkan dia pergi, dan menanti kiranya dia sudi kembali...


Betul Tak??

notakecik:aku amik ayat ni dari blog seorang awek.. ia membuatkan aku teringat kepada seseorang yang suka mencubit aku dulu.. hmm..

Thursday, March 12, 2009

Tahniah Kepada Manchester United..

Pada pukul 3.30pagi tadi, bertempat di Old Trafford.. berlangsungnya perlawanan bolasepak UEFA Champions League di antara pasukan Manchester United dan pasukan Inter Milan..



Keputusan:

Manchester United (2) - Inter Milan (O)

Jaringan oleh:

Nemanja Vidic pada minit ke 4
Cristiano Ronaldo pada minit ke 49


SYABAS KEPADA PASUKAN MANCHESTER UNITED! DIHARAP ANDA AKAN DAPAT MEMENANGI 5 GELARAN UNTUK MUSIM INI!!







notakecik: glory glory manchester united! ;p

Berita Baik Dan Berita Burok..



Berita Baik!


Gambar 'awek bermata besar' yang aku dan xoul tergila-gila selama ini telah berjaya diambil! yeah!!! pasti anda semua sudah lama tertunggu2 bukan? kepada pembaca-pembaca yang sudah lupa atau tak paham apa yang aku merepek2 ni, sila lawati post1, post2 dan post3 untuk maklumat lanjut.. ok? pembaca sudah paham? ok cun.. maka tanpa melengah-lengahkan masa.. kini saya mempersembahkan!!!!!!



(eh.. tak nampak lak mata besar awek ni.. jangan kata mata.. muka pon hampir2 tak nampak.. tapi ok la kan xoul? at least ko tau dia ada hidung dan mulot.. k tak xoul? puas hati? koakaoa...)



Berita Burok!

Tadi aku google frenster.. pastu tibe2 terjumpa frenster awek dalam gambar ni.. yeah!! sonok.. leh add.. yeay.. yeay.. baru je nak add.. tibe2.. alamak.. umur dah 27 tahun.. zzz.. keciwa2.. ingat muda dari aku.. huhu..tp tu takpe.. umur maseh boleh lagi diketepikan.. bukan halangan bagiku.. ala.. apa sangat angka? btol tak? kuikiukuikui..tapi yang paling mengeciwakan.. status dia.. 'in a relationship'.. tak dapek den nak tolong.. huhu...

Sedeh gak la.. eden baru nak ayat awek ni, xoul lak baru nak usya gambar TAPI last2 dapat berita yang menyedihkan.. takpe la xoul.. kita single lagi untuk sehari. mana tau esok kita dapat awek ke? ;p

notakecik: cuak gak kalo awek bermata besar ni dapat tau yang aku citer2 pasal dia kt blog aku.. da la kt friendster aku ada link blog aku ni.. demit.. makan tak cukup tanah nanti.. hehe.. ;p

Cik Lalat Cuba Ngorat Saya..

Korang tau tak da seminggu lebeh gua kena kaco oleh seekor lalat yang sama? benggang gua.. gua tau ia adalah seekor lalat yang sama disebabkan cara penerbangan dia yang sama.. buat pengetahuan kawan2 semua.. setiap lalat mempunyai cara penerbangan yang tersendiri.. ada yang terbang macam org mabuk.. ada yang terbang macam gelecek bola.. ada yang terbang macam mat rempit bwk motor, ada yang terbang macam siput babi panjat pokok.. ada yang terbang macam sarol jalan terkedek2.. tu blom lagi gua bercerita tentang cara-cara lalat berak atau mengawan.. mmg tak habis buku la kalo gua cerita.. lol

Gua tau lalat ni adalah seekor betina disebabkan dia da banyak kali cuba ikot gua sampai ke jamban.. siot la.. nak skodeng gua.. nasib baik gua lari pantas.. asalkan gua nampak lalat ni je.. gua terus pecut.. biar la org lain kata gua gile.. tapi gua tetap ingin pertahankan teruna gua.. gua tau lalat ni da banyak kali cuba ayat gua.. tapi sori la.. i'm not understand what are u talking about, wahai cik lalat..

Lalat ni da banyak kali cuba langgar lari gua, tapi sori la sbb gua lagi hebat.. gua elak seumpama michael jackson menari reverse ke belakang.. kacak tak gua? gua da hafal pergerakan lalat ni.. tu yang berjaya elak dengan cekap.. lol.. kan best kalo uniten tawarkan kursus bahasa lalat.. memang kalo gua da pandai berbahasa lalat, gua da carot2 dgn lalat ni.. dem.. gua pelik macam mana lalat ni berjaya survive hidup di sini walaupon persekitaran opis gua ni langsung tak sesuai untuk habitat bagi seekor lalat.. ajak rimau tidor sini pon dia tamo.. da la opis gua ade aircond.. dia nak tdo kt mana? tak sejuk ke? dia makan pe? taik pon takde kt cn.. taktau la kalo taik hidung budak2 ni jadi makanan rutin dia.. gua makin kompius..

Hmm.. dan yang paling pelik skali.. bukankah jangka hayat seekor lalat ni hanya mengambil tempoh selama 3 hari 2 malam je ke? apasal da seminggu lebeh dia tak mampus2 lagi? ke dia ni kebal? dem! Lalat ni blaja silat ke pe ni? tensi gua.. Siot! Dia datang kaco gua lagi masa gua ngah taip2 ni.. arghhhhhhh!!

notakecik: kesian orang sebelah gua.. tadi lalat tu terlanggar lubang hidung dia.. koakaokao.. lawak2.. zzz

Entri Untuk Makcik Eskrem..

haha.. kacak tak tajuk entri aku? lol.. oit makcik eskrem.. jgn gedik nak segan2 bahan aku pasni.. siot je.. nak serba salah je keje ko.. haha.. sengal tol.. rileks la makcik.. aku sebenarnya suka wat2 majuk.. ko jangan ingt btol2 lak.. aku ni jarang la kecik ati dengan kawan2.. so ko tayah risau pape eh.. lol.. haha.. pastu malam2 jgn kol aku, nanges2.. koakaoa.. zzzz.. bye! ;p

p/s- pape pon.. tq sebab banje kitaorg aiskrim semalam.. dapat gak aku berjumpa dengan odet pujaan.. ;p

Diam Lagi Baik?

Aku ni sebenarnya bukan la seseorang yang banyak mulot apatah lagi pandai berkata-kata.. tapi taktau nape, bile aku lepak dengan budak2 aku je, aku mesti banyak merepek.. haha.. sapa2 yang knal aku pasti tau aku ni suka merepek kan? cakap benda2 yang tak masuk akal.. saja je.. nak meriah2kan keadaan.. hehe..

Akan tetapi hakikat yang hakikinya ialah aku hanya akan jadi seseorang yang banyak merepek jikalau aku berlepak dengan kawan-kawan yang jenis tidak banyak bercakap.. contohnya kalo aku lepak dengan xoul, sarol, edrie, dol.. kompem2 dorang ni senyap je.. cakap pon bisik2.. kata muka kudus.. koakao.. tak macam muka aku.. ganas.. haha.. (ade org tua2 kata..muka kudus ni tak banyak bercakap.. manakala org yg bermuka ganas ni banyak bercakap, taktau btol ke tak..lol) Semuanya macam budak baik dan sopan bak kata lyana.. haha.. lol.. Aku pulak, kalo melepak, tak bole kalo semua orang senyap, sebab pastu secara automatiknya kompem aku akan membisingkan suasana untuk meriahkan keadaan..

Bagaimanapun.. situasi akan menjadi lain jikalau aku melepak dgn kawan-kawan yang bermulot biadap dan suka membuat bising seperti bobxbiadab atau sesiapa saje yang sewaktu dengannya kerana sudah pasti aku akan mendiamkan diri untuk mendengar cerita2 beliau yang sememangnya takkan habis sampai hari kiamat.. haha.. Mana taknya.. belum sempat aku nak cakap, dia dah potong dulu.. nak bising apa.. lol.. haha..

Seyes wei.. perangai aku memang macam ni sejak skolah lagi.. dulu.. dari darjah 1 smpai form 3 .. kelas-kelas aku tu memang terkenal dengan kenakalan dan juga kebisingan.. haha.. so aku menjadi seseorang yang amat pendiam. Hmm.. aku start buat bising sejak masuk skola teknik cheras masa form 4.. masa form 4 tu, budak2-budak kelas aku semua baik-baik belaka.. pendiam.. pemalu.. huhuhuh.. aku tak boleh kalo kelas aku sunyi sepi.. secara automatik aku akan terbuat jenaka dan menghuru-harakan kelas itu sehingga satu kelas ketawa tak hingat.. pelik kan aku ni? haha.. semua budak2 kelas form 4 aku tu ingat aku ni memang kaki bising.. padahal sebelum tu, aku memang tak penah bising2 ni..malahan pemegang rekod pendiam 9 tahun berturut-turut.. dulu kalo parents aku amik report kad dengan cikgu.. cikgu mesti puji.. anak awak ni pendiam orangnya.. hensem lak tu.. kaokaoa.. zzz.. tapi sejak form 4 tu.. aku macam da biasa wat jenaka.. pelik.. dulu aku tak penah berjenaka.. skang ni aku da jadi seseorang yang agak lucu.. haha..

Ok.. abaikan perenggan2 yang di atas ni.. aku wat entri ni bukan nak cite pasal asal usul mulot potpetpotpet aku.. haha.. tapi aku just nak tanya korang.. "Korang rasa aku patot jadi seseorang yang pendiam atau pembising?" Mana lebeh sesuai untuk imej aku yang bermuka ganas ni? koakaoa.. Aku tanya ni sebabnya pada petang semalam ada seorang kenalan aku telah bertanya, "Ko takleh diam ke?".. haha.. budak tu tanya sebab dia tensi bila aku asyik usik dia.. haha.. aku memang suka mengusik orang.. hoho..tapi silap besar la tanya aku cmtu sbb kompem aku lagi bantai bising mengusik dia.. haha.. "Boo makcik eskrem!" ;p Bagaimanapun aku tau yang hakikatnya pompuan zaman skang suka lelaki yang pendiam.. Dan ini membuatkan aku kadang2 terpikir.. aku takde awek sebab aku ni kuat merepek ke? So perlu ke aku jadi seseorang yang pendiam? Korang rasa?

teri rasa:
1. lelaki pendiam ni lebih mendengar kata.. btol tak? selain mudah ditipu.. koakaokooa.. boo xoul n ed!
2. aku lebeh hensem kot kalo aku ni jadi pendiam.. muka pon control ayu je.. pehh!! ok pasni jadi pendiam. kacak2!! ;p
3. akan tetapi aku tetap pemalu dengan orang yang tak dikenali.. >.<

Wow Pagi Yang Cerah!

Hari ni awal lak aku pegi opis.. kereta honda mak aku masuk workshop so kami sekeluarga haruslah mengamalkan aktiviti tumpang- menumpang kereta sesama kami.. lepas hantar ayah aku g opis dia, aku pon g la opis aku.. pehh.. sampai awal gile.. dem.. 830 pagi da smpai opis.. opis bukak kol 9 pagi.. so tanpa melengah masa, aku pon nekad untuk membuat aktiviti yang amat mencabar minda dan fizikal.. iaitu.. jeng.. jeng.. tido di dalam kereta.. haha.. nak watpe lagi.. bosan..

Dem.. silau lak mata eden.. matahari memancar tepat ke wajahku.. cerah lak pagi ni.. siot je.. susah gile nak tdo.. tapi disebabkan aku amat ngantok dek bangun awal gile untul tengok bola pagi tadi<-man u menang 2-0 beb.. , maka aku nekad utk tdo.. hmm.. ok amik jaket, pastu tutup muka! yeah! gelap! sedap2.. ok teruskan aktiviti tido.. zzzzzzzzz...

trutttttttt.. <--bunyi hp

Gampang.. sapa pulak kol time2 cmni.. orang nak tdo pon tak senang.. huh! aku pon jawab la kol tersebut.. "helo.. helo.. helo" <-- wat sore kacak sket.. Mana tau awek kol ke.. lol.. skali terdengar sore lelaki lak.. bosan.. aku pon tukar nada suara aku sket ala2 malik noor dan terus berkata,"helo.. helo.. helo". ok dia da letak tepon.. dem! kaco btol! aku baru je nak lelapkan mata balik, tapi mata ku terlihat jam di dalam kereta.. dem! da kol 9 pagi! ok chow.. masuk keja dulu..

Masuk opis.. punch card semua.. siot rasa nak berak lak.. ok berak jap.. ok lega.. 10 minit pastu aku masuk balik dan terus bergegas ke meja aku.. cewah.. kononnya aku ada meja la sangat.. haha.. padahal free seating.. opis aku ni sebenarnya bebas je nak duduk kt mana2.. asalkan bukan meja bos.. hoho.. hmm.. aku baru je nak pegi ke meja aku.. tiba-tiba aku berselisih dengan awek bermata besar.. pehh.. dia senyum kat aku.. dalam ati.. sonok jap.. kaokaokaoa.. ok! hari ni sungguh bersemangat nak wat keje! yeahhh!!!!!!!

nota kecik: xoul, jangan jeles.. hari2 aku jumpa awek mata besar ni.. best2.. kaokaoako.. booo.. aku xmo amik gambar dia pastu tunjuk kt ko!! booo!! ;p

Tuesday, March 10, 2009

Alergik dengan Makan Banyak

taktau apasal.. dalam setahun dua ni.. aku macam takleh makan banyak.. asal makan banyak je aku rasa ngantok.. asal ngantok je aku makan banyak.. nak buat camne ni? semalam makan ayam KFC 3 ketul, pastu terus rasa ngantok.. hari ni lak pas makan ayam dgn daging pon aku rasa ngantok gak.. aku kena penyakit 'taklehmakanbanyaknantiandangantok' ke?

huarghhhhhhhhhhhhhh <--nguap..

ZZZZ...... KROIHHHH

What's my personality love style?

Dem! gua jadi gian lak main benda alah ni.. haha.. gua siap jawab soalan-soalan utk personaliti percintaan lak! siot la.. jiwang lak.. haha.. layan sudah..

Here is the analysis for my personality love style:

You desire a love that will last forever. You are quite serious about finding this type of love, and that's why you think carefully about the person that you meet before deciding whether you could really love them. You don't just develop a crush on someone overnight: you look at a person's personality and other aspects of their life before deciding to form an attachment. If a girl doesn't meet your expectations, you would rather be alone. Your love has to be perfect. Be careful though, you could be missing out on some worthy relationships because your standards are so high.

**siot! suka ati je benda alah ni kata aku memilih.. mana ada.. aku just nak yang cun, hot, pandai masak, pandai jaga hati mak bapak, pandai wat keje umah, matang, jujur, hepi go lucky.. lol.. ok.. aku mmg memilih.. demit!

Get to know myself better

Tadi aku gatal2 bukak blog aceed, pastu terjumpa website ni.. macam menarik je.. benda ni macam kuiz personaliti.. aku pon da lama tak main benda2 macam ni.. hoho.. then, disebabkan aku pon takde keje so layan je la.. Maka dibawah ini adalah result kepada kuiz personaliti tersebut:


Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

nota kecik: korang rasa betol ke perangai aku macam di atas ni? aku rasa cam btol lak.. dem!

Monday, March 9, 2009

Kenapa Aku Malas Nak Makan KFC..

Kisahnya begini.. hari ni mak aku malas nak masak, tambahan kami sekeluarga semua sudah lama tidak makan di luar, so kami decided untuk menjamu selera kat KFC yang terletak di Warta, Bandar Baru Bangi.. Maka kami pon pergilah ke sana dengan menaiki kereta.. dekat je.. jarak dia 4km je kot.. 10 minit sampai la..

Sampai2 tu, kiteorg terus ke restoran KFC.. aku dengan mak aku pon pegi la meng'order makanan kat kaunter KFC tu, manakala adik2 n bapak aku cari meja.. Pehh lembap minah yang amik order ni.. Panas aku.. Da la tak paham apa yg mak aku speking.. booo.. Mak aku mintak plain water pon taktau.. Nak gak mak aku cakap air kosong.. zzz.. Pastu bile mak aku sebut nine pieces, dia balas dengan sebut sembilan pieces.. Kelaka lak bunyi dia.. haha... pape la.. Perot lapar ni.. dulik.. malas nak gelak...

Dah siap2 bayar semua, aku terus bawak ketulan2 ayam tu ke meja makan yg keluarga aku da cop. Wow. Gemuk2 ayam KFC kat Warta ni.. sedap2.. Aku amik 3 ketul ayam.. Nyummie.. Aku pon tanpa mempedulikkan alam sekitar, terus gelojoh menerkam ketulan-ketulan ayam tersebut.. Makan ayam macam nasik beb.. haha.. korang bayang la camne makan ayam dengan menggunakan aplikasi makan nasik.. lol..

Tiba-tiba.. mak aku berkata, "Asal 2 orang pompuan kat kaunter tu asyik pandang along, along kenal ke??" along = aku. Aku cam blur2.. Awek mana lak ni usya2 aku ni? Ahh dulik.. Bosan.. Gua bukan kemaruk awek.. zzzz.. pastu gua sambung balik makan.. Ngah sedap2 kunyah kulit ayam KFC tu, tiba-tiba mak gua bersuara sekali lagi."Nape pompuan kat sebelah meja ni pulak asyik-asyik tengok along.. blablablabla".. HUH! Gua da taktahan.. Mak gua taktau ke anak sulong dia ni famous sejak berkawan dengan AFdlin Shauki kat blog. Ni aku malas nak datang KFC ni! Ramai sangat peminat-peminat usya2!! Panas hati gua!! Arghhh... Susah betol jadi orang hensem ni! Asyik perempuan usya je.. Nak makan KFC pon susah.. Pasni gua da malas nak makan KFC dah! HUH!

nota kecik: perasan x gua? haha.. saja je gedik.. hehe.. tapi ni kisah benar tau.. taktau nape ada ramai awek asyik usya gua kat KFC Warta pada hari ni.. Nak kata gua lupa nak zip seluar, takkan la.. ke gua hensem hari ni? kaokaokaoa.. sonok2.. tapi stress lak gua bile mak gua asyik2 bebel smpai skang.. /me tutup telinga guna kibod.. ;p

Sunday, March 8, 2009

Gua Hampir Langgar Kuda Tadi!


Tadi gua nak keluar jalan-jalan jap.. Macam biasa la.. Gua bawak kereta iswara kesayangan gua tu untuk tujuan meronda-ronda.. Semasa gua nak keluarkan kereta gua dari parking tu, tiba-tiba gua terkejut! Babiiinggggggg!! Ada kuda kat belakang kereta gua! Terus gua brake mengejut! Haram.. Siapa lak park kuda kat belakang kereta gua ni? Lu orang tak caya? Usya sket cermin belakang kereta gua...




3 ekor tuh.. siot la.. nyaris gua eksiden dgn dgn 3 ekor kuda..







Owhh.. Rupa-rupanya hari ni ada hari keluarga kat taman perumahan gua.. Gua je yang taktau atau malas nak amik tau.. haha.. kata antisosial.. zzzz.. haha.. Kalau dah namanya hari keluarga, mestilah ada macam-macam aktiviti yang berbaur sosial.. Antaranya peraduan melukis, peraduan merwarna dan aktiviti menunggang kuda.. tapi aku hanya tertarik dengan kuda-kuda ni je.. eksotik.. mana pernah ada kuda sampai kat kawasan perumahan aku sebelum ni.. hoho.. best2..

mula-mula tu gua macam cuak gak nak amik gambar kuda-kuda ni.. mana tau kuda-kuda ni tak suka popular ke.. anti kamera ke.. kang dia ngamok sepak terajang gua cmne? so gua decide amik gambar dari dalam rumah dulu..







time ni gua da berani sket.. gua siap jeling panas kt kuda-kuda tu kasi dorang cuak balik kat gua..






Gua baru datang nak naik kuda, tiba-tiba owner dia datang untuk bawak balik kuda-kuda tu ke kandang.. so tak dapat la nak naik kuda-kuda tu.. sob.. sob.. sedeh.. sedeh..




gua sedeh sangat sampai follow dorang balik kandang.. sedeh2.. "mak.. nak kudaaaaaaaa!!!"

Ayam Paling Seksi

Hari ni hari ahad..
bangun tdo kol 10 pagi..
mak bebel2..
/me tutup telinga..
mandi..
lupa nak gosok gigi..
tak ingat da berak ke blom..
then, sarapan nasi lemak..
baca suratkhabar..
jemur baju..
pastu g pasar sorang2..
beli ayam..
basuh2 ayam..
dan inilah hasil daripada aktiviti hari ini! yeah..




<-- seksi gile ayam ni.. bogel siot.. koakaoa..







**hari ini sungguh bosan..

Bad Girls!

gambar sekadar hiasan
*dulu dia ni makwe aku.. ;p*


Perhatian : Article dikopipes dari sini. Pastu aku edit2 sket.. xcaye g klik

GUA nak bagi ayat maut yang GUA rasa akan mencetuskan mogok di ruangan ini. Kaum lelaki sebenarnya lebih gemarkan wanita nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang wanita pilihan, jawapan standard ialah “Saya inginkan teman wanita yang boleh membimbing saya ke jalan tidak ber'tol”. Sebelum abang-abang, pakcik-pakcik, atok-atok, tan sri- tan sri, nyah-nyah yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen maut, GUA cabar abang-abang semua cakap kuat-kuat “Aku tak minat wanita!” dan… hati-hati, anda mungkin gay.

Kenakalan wanita mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran lelaki dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Malah air liur juga akan meleleh sampai ke dagu. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran lelaki itu direalisasikan oleh si wanita atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Dan berakhir di jamban! Oleh kerana itu lelaki gemarkan wanita kaya, wanita cun dan seterusnya wanita nakal.

Persepsi 1: Wanita nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati lelaki! Malah muka mereka lebih tebal daripada tembok! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Oleh itu mereka perlu ditolak banyak kali sehingga mereka jatuh ke dalam longkang. Itupun mereka tetap cool sebab sejuk terkena air longkang. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu perasaan mereka dan si lelaki itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada wanita-wanita nakal ini menggiurkan! Slurpp! Nyummie! Sudah rasa sekali, mesti mahu tambah lagi! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach lelaki, persepsi lelaki tentang wanita nakal adalah sebaliknya atau mungkin lelaki sebenarnya langsung tak ambil peduli. Anda peduli?

Persepsi 2:Temujanji atau dating dengan wanita nakal tidak membosankan kerana mereka tahu mencari cara-cara menarik dan luarbiasa untuk menghabiskan duit teman lelaki. Itu belum lagi saat-saat menunggu mereka bersiap. Kompem 3 jam, kena menunggu. Itu pasallah minah clubbing atau mereka yang pandai main congkak selalu keluar berjalan-jalan dengan boyfriend. Boleh membeli belah dengan menggunakan duit boyfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik dan 3gp berbanding wanita yg baik tapi poyo. koakaokao..

Persepsi 3: Wanita nakal tidak terdesak nak cari bf tetap. Mereka hanya terdesak nak kikis duit sahaja. Mereka ini datangnya daripada golongan wanita yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat wanita yang begini mengghairahkan dan menghairankan lelaki. Apa kena mengena kikis duit dengan tidak menggelabah? lol

Persepsi 4: Kenderaan wanita nakal tidak biasa. Mana ada wanita nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun naik lrt atau komuter atau teksi. Basikal dan motor tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan wanita nakal hanya naik basikal biasa? Kurang-kurang pun kena tambah lagi 2 tayar kt belakang basikal itu. Barulah seksi, barulah balak mari mengejek! "Boo.. tak pandai bawak basikal!" haha..

Persepsi 5: Wanita nakal selalunya pandai bermekap dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka mahir menggunakan alat mekap sehingga boleh menjadi mak andam. Kedua, mereka pandai menyapu bedak di muka sehingga jerawat batu semua hilang. Lelaki memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6: Wanita nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai lelaki! Sifat semulajadi perempuan ialah suka membuat lelaki lain cemburu. Dan apabila lelaki dapat bertemankan wanita nakal, kadar cemburu lelaki lain kepadanya meningkat berkali ganda. Dan berkemungkinan juga kadar pembunuhan antara lelaki- lelaki meningkat berkali ganda kerana berebut teman wanita! Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7:Mereka ini pandai bergaya dengan menggunakan duit boyfriend-boyfriend. Secara amnya lelaki juga suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya serta kayap serta bangkrup. Ini mungkin kerana wanita tersebut akan mengoda lelaki tersebut membiayai segala perbelanjaan untuk mereka bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 5 yang akan menbuatkan lelaki lebih lemah lutut.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai wanita nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan. Manakala sebab lain wanita ingin menjadi rockers ialah kerana setiap tahun terdapat pertandingan AKADEMI FANTASIA. Mereka ingin mencontohi Mama Rina! Siapa tau kan? Dan atas sebab-sebab di ataslah jugalah kenapa lelaki terleleh air liur dengan wanita nakal! Kata sedap-sedap. Memanglah wanita nakal atau bad girls ini bukan calon ideal untuk dijadikan isteri tetapi idea untuk berpacaran dengan wanita baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya. So mungkin sebab itu sekarang ini ramai lelaki jadi gay. Hanya lelaki memahami lelaki.. koakoakao.. babing.. blog aku da jadi blog gay ni.. dem!

p/s : any comment??
p/s/s : thanks to gaygal - aceed sbb sharing.. huahuahuaha

"I screwed up 31% of my teenage life"

wahhh.. aceed tagged saya.. wow.. tag kali ini agak berlainan.. kisah zaman remaja.. ehem2.. /me kacak masa remaja dulu.. haha.. ok lari topik... baiklah! mari kita menge'tagged! yeahhhh!!

[ ] Gotten detention.
[ ] Gotten your phone taken away in class.

[ ] Gotten suspended.
[ ] Gotten caught chewing gum.

[ ] Gotten caught cheating on a test.

Total: 0

[x] Arrived late to class more than 5 times.
[x] Didn’t do homework over 5 times
[ ] Turned at least 3 projects in late
[x] Missed school cause you felt like it.
[ ] Laughed so loud you got kicked out of class.

Total : 3

[x] Got your mom / dad etc. to get you out of school.
[ ] Texted people during class.
[x] Passed notes.
[x] Threw stuff across the room.
[ ] Laughed at the teacher.

Total : 3

[ ] Pulled down the Fire Alarm.
[ ] Went on Myspace , Facebook , Xanga , etc. on the computer at school.
[ ] Took Pictures during school hours.
[ ] Called someone during School hours.
[ ] Listened to an iPod , CD , etc... During class.

Total : 0

[ ] Threw something at the teacher
[x] Went outside the classroom without permission.
[ ] Broke the dress code.
[x] Failed a class.
[x] Ate food during class.

Total : 3

[ ] Gotten a call from school.
[ ] Couldn’t go on a field trip cause you behaved badly.
[ ] Didn’t take your stuff to school.
[ ] Gotten a detention and didn't go.
[ ] Stuck up your middle finger at a teacher when they were not looking.
[ ] Cursed during class loud enough so the teacher could hear

Total : 0

[ ] Faked your parents signature
[x] Slept in class.
[ ] Cursed at a teacher to their face.
[x] Copied homework

Total: 2

Overall Total: 11/35

that's about 31%

**kelaka.. aku ni baik sgt ke masa skola dulu? lol.. pelajar cemerlang kot.. zzz**


Tag 20 of your friends.

Then Repost this & put the Title as "I screwed up __% of my teenage life"



Tagging: malas nak tag org dah.. booo.. haha..

Thursday, March 5, 2009

Demi Kepuasan Batin Kawanku!

Salam. Berita pukul 8 malam. Tergempar kerana pada petang tadi saya telah mendapat suatu permintaan dari seorang sahabat saya yang amat saya kenali, hasil daripada tindakbalas terhadap entri panas yang saya telah postkan sebelum itu.. Kepada pembaca2 yang taktau kisah atau hilang arah tujuan, boleh la klik di sini untuk mengikuti perkembangan entri tersebut.. Pembaca sudah paham? Bagus.. Kita teruskan dengan berita tadi.. Beliau berkehendakkan gambar gadis comel tersebut kerana hati beliau sudah dipanah asmara cinta. Berikut adalah temubual eksklusif bersama dengan beliau iaitu Yang Berbahagia Datok Xoul..

[14:29] xoul: lol
[14:29] xoul: amek gamba awek comel
[14:29] xoul: kamonn
[14:30] xoul: amek2
[14:30] xoul: ckp je ni last day ko keje
[14:30] xoul: nk amek wt kenangan
[14:30] xoul: amek2 gamba sume
[14:30] xoul: pastu sok ko jgn dtg dh
[14:30] xoul: amacam

teri:blablablabla..

Lantaran kisah ini semakin hangat di pasaran dan semakin jadi bualan makcik2 pasar malam serta siulan jejaka2 UNITEN yang dah kena kick, maka saya dengan penuh bertanggungjawab untuk merealisasikan permintaan encik xoul, kini dengan eksklusifnya menyampaikan gambar sensasi gadis comel tersebut di sini. Hanya di sini.. Hiburan sensasi. Bersama teri kacak! Anda yang tentukannya.. Anda yang mahukannya.. Saya memperkenalkan Si Gadis Comel.......
.
.
.
.


"Eh.. mana orangnya..? tadi ada lagi.. tibe2 da ilang lak.. adeh.. dapat amik gambar pc je.. seyes.. tadi saya nampak dia duduk kat situ.. dia siap sengih2 kat teri lagi..", jawab saksi yang turut berada di tempat kejadian..





p/s: sori la xoul.. dia da balik masa aku amik gambar tu.. tak dapat nak tunjuk kt ko lak.. esok2 la eh? ke sem depan ke? ke masa kami bersanding ke? zzzz