PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, September 29, 2009

Doakan supaya ayah saya cepat sembuh

Pada pukul 12 tgh malam tadi, ayah telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan di hospital serdang. ada masalah buah pinggang. mmg btol2 terok. efek dr penyakit kencing manis. aku btol2 terkejut selepas dapat tau berita ini.

Sebelum ni, kami ade bawak ayah bjumpa doktor klinik sebab ayah mengadu perut dia memulas2 dan tak dapat buang air kecil dan besar. akan tetapi doktor klinik tersebut hanya menyatakan ayah cuma mengidap gastrik. so kami pon pulang dan memberi makan ubat gastrik kepada ayah serta menjaganya setiap hari.

Bagaimanapun, selepas 40 hari, ayah masih mengadu kesakitan bahkan bertambah teruk. Oleh demikian, pada malam tadi, mak n adek lelaki aku telah membawa ayah bjumpa doktor pakar di hospital serdang. setelah melakukan pemeriksaan, doktor memberitahu kami bahawasanya ayah telah mengalami kerosakkan buah pinggang yg amat kritikal. memang mengejutkan semua org kerana selama ini semua org menganggap ayah sakit gastrik biasa sahaja.

Malam tadi adek n mak menjaga ayah di wad. aku xboleh pegi sbb mlm ni ade test. mayb malam ni giliran ku. aku harap semuanya akan ok. kawan-kawan, sila doakan supaya ayah aku sehat balik.

YA ALLAH ampunkan segala dosa kami sekeluarga. rahmatilah kami. berkatilah kami. kami berharap agar ayah cepat sehat. kami xnak jadi pape pada keluarga. tolonglah kami. amin..

13 comments:

intan.maisarah said...

teri.. aku doakan ayah ko sihat ye..
^^
anda kan anak mithali

TashadeNatasha said...

semoga ayah kau sihat.
insyaallah.
banyakkan berdoa. =)

SpastikChikita said...

smoga ayah teri cpt sembuh...amin~

qishie said...

semoga ayah ko cepat sembuh gak..
aminnn..

agak2 kena buat pemindahan buah pinggang tak?

kalau ye..cepat2 daftar nama kat bahagian transplantation

teRi said...

tq semua. hope semuanya akan ok. amin.

.rafiq. said...

harap2 cepat sembuh. ko jangan sedih2 sangat.

teRi said...

ok. thanks

.ella ainnadjla. said...

byk2 kan bersabar...
tu semua dugaan dari-Nya...
semoga pakcik cepat sembuh...

REZaries said...

sabar teri. tabahkan diri. moga pakcik cepat sembuh.

Nas said...

insyaallah..ayah ko boleh join ko bersilat balik..^_^

Byk2 berdoa ye...

Ed said...

pray to god ur dad will become strong as well.

-da hackerzx

Bok said...

takziah shairi. innalillah. aku doakan roh ayah ko dicucuri rahmat n ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

V_21 ™ said...

terry aku doakan roh ayah ko ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman, salam takziah dari aku terry (vyseus)